27.11.11

Perdana Menteri Itu Mesti Melayu?

Aku rasa nak baling laju-laju je dengan kasut bila ada orang mencabar Umno supaya meminda perlembagaan agar melayu saja boleh jadi perdana menteri.

Asal bila sebut negara Malaysia je, mesti orang ingat itu tempat asal-usul keturunan melayu, itu negeri melayu, raja dia melayu, dan perdana menteri pun mesti melayu. Aku tak setuju dengan kenyataan ini. Ini rasis. Untuk negara kita yang hidup dengan pelbagai bangsa, ini rasis.

Kamon lah, bangun sedikit. Buka-buka minda tu sedikit. Macam mana negara kita nak maju kalau minda kita masih tak berubah. Negara lain berani buat perubahan, kenapa negara kita tidak. Nak jadi perdana menteri bukan mengikut keturunan, tetapi kebolehan. Siapa ada ciri-ciri kepimpinan yang bagus, boleh jadi ketua, boleh jadi perdana menteri. Tidak kira bangsa apa. Bukan sebab dia melayu dia boleh jadi perdana menteri.

Sama jugak la macam orang kata, kalau melayu mesti islam tapi islam tak semestinya melayu. This is bullshit. Bagi aku agama itu hak masing-masing, diri sendiri punya kepercayaan. Bukan sebab dia lahir dalam keluarga islam, ataupun mak bapak dia islam. Ini semua pasal kepercayaan. Habis tu, apa pasal pulak kau nak kaitkan bangsa dengan agama?

Dan bagi aku, aku tak berapa suka sangat dengan perkataan ‘ketuanan melayu’ atau ‘hak istimewa orang melayu’ ini, walaupun aku orang melayu. Bagi aku ini tak adil kepada bangsa lain yang lahir di negara ini. Tumpahnya darah mereka juga di negara ini seperti kita. Hanya sebab ada perkataan melayu dekat kad pengenalan, wujudnya perbezaan hak-hak sama rata kepada bangsa yang lain.

Tahukah anda, kita bangsa melayu berasa selesa dengan apa yang kita ada sekarang? Hak istimewa yang hanya untuk bangsa melayu, yang bagi aku ia hanya memundurkan diri sendiri.

Sedangkan bangsa lain bersusah payah untuk memajukan diri, bangsa kita ramai yang rela membiarkan diri ketinggalan jauh ke belakang. Sedangkan bangsa lain berusaha merakam sejarah baru untuk generasinya, bangsa kita pula ramai yang merakam video sendiri untuk koleksi peribadi.

Takkan kau nak jadi fasis macam zaman Hitler pada tahun sekitar 1930’s. Golongan yang taksub mengagungkan bangsanya sendiri. Golongan yang fikir konon hanya bangsa dia yang layak memimpin dunia ini tetapi berakhir dengan kekalahan besar.


 Salute! Adolf Hitler


Kau takut negara kita jadi macam Singapura? Rilek la. Majoriti rakyat Singapura apa, cina. Sebab tu perdana menteri mereka cina. Majoriti kita melayu, lain. Tapi, kalau nak ikutkan majoriti tak boleh juga. Sebab cuba kau tengok Amerika. Barrack Obama yang keturunan kulit hitam pun boleh pun je jadi presiden. Kau bayangkan orang kulit hitam boleh dipilih jadi presiden, dari kalangan rakyat yang majoritinya kulit putih. Singapura pun tunggu masa je niger jadi perdana menteri, pasal niger senang nak dapat kerakyatan di Singapura.


 Salute! Barrack Obama
 
Daripada kau bising nak menegakkan ketuanan melayu, baik kau fikir macam mana nak naikkan ekonomi orang melayu. Daripada kau bising kata orang melayu je boleh jadi perdana menteri, baik kau fikir macam mana nak mentadbir negara dengan baik. Buat apa ada perdana menteri melayu kalau kaki rasuah. Buat apa ada perdana menteri melayu kalau kaki liwat bontot. Lebih baik bagi India, sebab hari-hari aku boleh pekena roti kosong dengan teh tarik free sambil layan bola.

Takkan melayu hilang di dunia.

Ya, memang takkan melayu hilang di dunia, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudannya tidak dirasa?

1 ulasan:

  1. roti canai still kena bayar. sape nak free import gandum tuk wat roti canai?

    BalasPadam