11.11.11

As-Throw (Astro)

Pada cuti raya Aidiladha kali ini, kehidupan seharian aku menjadi terumbang-ambing.  Fikiran aku runsing mengalahkan perdana menteri, makan aku tidak pernah kenyang walaupun ada lemang dan rendang, dan tidur aku tidak pernah lena walaupun penat seharian.

Ini semua gara-gara Astro, syarikat televisyen berbayar terbesar di Asia Tenggara menyiarkan cerita dan drama yang tidak berkualiti. Lawaknya yang hambar, seram yang tak seberapa nak  seram, cinta ukhrawi yang ketinggalan dan program realitinya yang gampang.

Nampak sangat mereka kekeringan idea dan tidak inovatif untuk menyiarkan benda yang baru. Hanya sekadar untuk memenuhi jadual rancangan seharian. Nasib baik ada saluran dari luar negara dan juga saluran sukan, kalau tidak sudah lama bungkus.

Jangan hanya mementingkan kuantiti tetapi kualitinya ke laut. Pelanggan bukan semuanya kaya nak bayar bil mahal-mahal. Mereka semua terpaksa melanggan sebab tiada pilihan. Jika perkara ini masih berterusan, tidak mustahil mereka akan berada ditaraf RTM pada suatu hari nanti.

Tapi program realiti solehah dekat saluran Al-Hijrah memang terbaik sial. Pasal awek dia cun, berpendidikan, sopan-santun dan solehah. Sejuk mata memandang dan senang nak jaga. Agak-agak gua boleh dapat sorang tak?

1 ulasan: