1.10.12

Kerje Der


Gua agak sudah berhabuk blog ini. Sebelum jadi harta pusaka warisan, baik gua tulis sebarang dua untuk tatapan umum.

Okay kali ini gua nak sembang kencang sikit pasal kehidupan gua yang semakin hari semakin besar cabarannya. Hidup ini tidak sukar, tetapi hidup untuk merasai apa itu erti keselesaan agak sukar.

Dalam hidup gua, pelbagai kerja gua sudah buat sejak dari umur 15 tahun lagi. Banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang menjadi kuli, membanting tulang dari pagi ke petang, dari petang bawak ke malam. Duit didahulukan, kaya diutamakan. Tetapi apa yang gua sedar ialah, kerja rajin macam mana pun, kerja tak kira waktu, hari atau cuti pun, gua tak pernah juga kaya. Orang yang kaya ialah bos gua. Hah nampak tak dekat situ?

Gua bukan nak cakap pasal kerja sebagai kuli. Nak cakap pasal kerja sebagai bos pun jauh sekali. Itu belum masuk bab-bab supervisor atau team leader. Tetapi gua nak cakap pasal hidup untuk merasai keselesaan. Sebagai seorang yang baru habis berguru dan dianugerahi sekeping kertas yang orang tua kata tinggi nilai gamaknya, benda yang patut dibuat sekarang ialah mendapat kerja pertama selepas bergraduasi. Kerja pertama yang gua maksudkan sini ialah kerja berkaitan dengan bidang yang diceburi.

Terus terang cakap, apa makan gua ni sampai sekarang satu kerja profesional pun tak dapat-dapat lagi. Punya susah nak jadi kuli, nak jadi bos apatah lagi. Sudah banyak resume gua hantar tapi satu panggilan temu duga pun tak kedengaran. Dari syarikat minyak ke kilang automotif, dari Lembah Klang ke Pasir Gudang, dari Semenanjung ke Sabah Sarawak, semuanya sayup-sayup.

Gua tidak memilih kerja dan gua tidak memilih gaji. Sebab sebelum ini pun gua sudah kerja macam-macam. Pelbagai karakter orang gua sudah jumpa, beribu karenah juga gua sudah rasa. Cuma macam gua katakan tadi, gua juga hendak merasai apa itu erti keselesaan dalam hidup. Dengan kelulusan yang ada, kenapa tidak cari kerja yang lebih bagus dan mencabar, ye dak? Nampaknya kena berusaha lagi. Apa ada hal.

#bersambung

3.6.12

War Catalyst

Gua kena study berkali-kali,
Sebab ilmu tak cukup lagi,
Pasal kerja pula kena tolak tepi,
Alamak, interview pun tiada yang menanti.

Aiseh, nasib badan. Kena usaha banyak macam ini.

#Fight for your right. Kill for you fame.

1.6.12

Battle of Life #Part 2

Semakin hari semakin laju masa berjalan. Begitu juga dengan umur gua yang semakin lama semakin tua ini. Masa tidak berhenti dan tidak akan berhenti walaupun sesaat pun. Ya, sama ada sedar atau tidak sedar gua semakin tua.

Gua sudah dapat rasakan masa untuk melaksanakan rancangan gua semakin pendek. Permulaan hidup gua sudah hampir ke titik permulaannya. Tetapi, apa yang gua peroleh setakat ini masih jauh lagi dari rancangan sebenar. Dan kadang-kadang, gua dapat rasakan rancangan itu bakal gagal.

Gua banyak kali jatuh. Gua sudah banyak kali gagal. Gua juga pernah hampir berputus-asa. Tetapi, gua tidak pernah sesekali mengalah. Sebab gua tahu setiap kesukaran disertai dengan kemudahan. Gua percaya dan pertaruhkan keegoaan penuhnya pada ayat itu. Persoalannya, sampai bila gua dapat bertahan dan tidak lupa pada ayat itu tidak tahu.

Jatuh bangun kembali. Waktu untuk menapau gua mulakan sekarang.


12.5.12

Battle of Life


Di saat mereka memikir untuk menamatkan pengajian tidak lama lagi, aku lebih lebih fikir pasal hala tuju hidup aku.

Di saat mereka memikir pasal kahwin bersama pasangan pilihan sekarang, aku lebih fikir pasal masa depan aku.

Buat masa sekarang aku perlu pikir diri aku, masa hadapan aku, keluarga aku. Sekiranya aku gagal, keadaan menjadi lebih sukar.

“For winners, losing inspires them. For loser, losing defeated them”

Tiada siapa pun yang hendak kalah. Aku seorang yang degil dan ego yang tinggi. Aku nak jadi winners, aku tak nak jadi loser. Aku akan bangun sedikit demi sedikit. Aku nak menang dalam battle of life!

notakaki: celaka apa dah dekat tiga bulan baru nak tulis.

24.2.12

Supervisor & Fikiran Beliau

Baru-baru ini gua baru selesai berjumpa dengan supervisor gua, berbincang pasal projek gua yang semakin hari masa untuk hantarnya semakin dekat. Mujur, tiada masalah dan boleh teruskan ke peringkat seterusnya. Kalau tidak, mencanak gua.

Kemudian beliau bersembang pasal kehidupan yang bakal ditempuh kemudian hari- perkara yang sangat gua minat sekali, iaitu tentang masa hadapan.

Gua tertarik dengan ayat beliau “tidak kira belajar tinggi mana pun, sampai Phd pun tetapi makan gaji, boleh dikatakan hamba juga”. Benar, gua setuju apa yang beliau katakan. Sebagus mana pun seseorang itu, kalau bekerja untuk seseorang boleh dikatakan hamba.

Apa yang gua rasakan, mungkin kami boleh menjadi kawan baik. Selain cerita tentang projek, kami boleh bersembang pasal politik, ekonomi, pelaburan dan juga aset. Kemungkinan juga topiknya boleh berkembang lagi dan menjadi lebih menarik.

Tetapi, disebabkan tiada masa yang sesuai dan pertemuan terbatas, perkara ini tidak menjadi. Mungkin juga tiada rezeki. Barangkali.