Kali ini aku tergerak hati untuk cerita tentang 'money power' atau kuasa duit. Mungkin kerana aku tengah sengkek sekarang pasal itu aku mendapat sinaran nur untuk menulis pasal kuasa duit kali ini.
Semua orang tahu, duit merupakan satu perkara yang penting pada zaman serba millenium ini. Tipu lah kalau orang kata duit tak penting. Cakap lah apa pun, setiap benda sekarang ini semua perlukan duit. Nak dating dengan awek, kena ada duit, nak tengok wayang, nak makan McD, nak 'shopping' even nak masuk tandas pun kena ada duit, nak bayar. Maka dengan itu, tak wujudlah ayat yang berbunyi "ah, aku tak ada duit pun boleh hidup lah".
Pasal itu lah aku nak cerita pasal 'money power'. Duit mempunyai pengaruh yang besar dan dengan duit, kita boleh menguasai dunia. Dan dengan duit juga kita boleh beli sesebuah empayar kerajaan dan negara. Sebab itu dunia sekarang dipegang oleh negara-negara yang mempunyai sumber kewangan tinggi seperti Amerika dan Israel. Tidak kira dari segi ekonomi, pengaruh dan ketenteraan, semua mereka kuasai. Yang kuat akan terus berada di atas manakala yang lemah akan terus berada dibawah. Walaupun kita ada konsep hidup ini macam roda, kejap di atas kejap dibawah tetapi ia tidak boleh di pakai jika bertemu dengan ‘money power’.
'Money power' ini memang berkuasa di banyak negara. Kalau di Malaysia tak payah cakap, memang duit itu didahulukan punya. Dia punya 'money power' memang tiada benda lain yang boleh lawan. Terutama dalam bidang politik. Orang kata politik wang. Bila disogok duit mula lah lupa diri jadi katak lompat parti dan sebagainya. Senario sebegini sudah lama wujud sejak dari zaman perdana menteri pertama lagi. Rasuah semakin berleluasa kerana ramai yang terpengaruh dan dikuasai oleh duit. Segala projek pembangunan yang tidak menepati kualiti piawai diluluskan. Tiada hal, boleh tutup sebelah mata punya. Semuanya sebab apa? Sebab duit. Macam mana politik nak menjadi stabil dan kuat kalau 'money power' yang menguasai.
Selain Malaysia banyak lagi negara yang dikuasai ‘money power’ ini, seperti yang aku kata tadi. Duit ini memang mampu untuk menjatuhkan seseorang yang berpengaruh mahupun pemerintah dan aku rasa, sejarah juga boleh berubah dengan adanya kuasa duit ini. Cuma nak atau tak nak je. Sebagai contoh di China, Zhu Rongji, perdana menteri ke-5 republik rakyat China menggunakan sepenuhnya kuasa duit untuk menjatuhkan musuh-musuh politiknya. Beliau berjaya mencipta pelbagai masalah dan dugaan ala-ala gitu kepada musuh beliau, seterusnya menjatuhkan mereka dengan undang-undang dan berkuasa dengan tenang. Sedangkan perempuan pun boleh dibeli, inikan pula undang-undang ciptaan manusia ye tak?
Dalam perniagaan lain pulak cerita. Lebih lagi kalau perniagaan itu melibatkan orang melayu. Tamak dan tak sabar nak untung. Nak untung lebih punya pasal kuantiti diutamakan, kualiti macam tahi. Aku bukan nak kutuk dekat sini tetapi itu lah hakikat yang perlu kita terima. Bila kepala otak peniaga dah penuh dengan duit, haa sikit jam ‘burger’ yang sepatutnya rasa sedap jadi rasa macam papan, karipap yang sepatutnya harga tiga puluh sen jadi seringgit lapan puluh sen. Macam mana ekonomi orang melayu nak maju kalau macam ini punya perangai. Kita sebagai pembeli pulak jangan tutup mata buat tak nampak, kena bagi kesedaran sikit dekat sini.
Dan akhir sekali, duit itu juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan dan kewarasan akal. Kalau tak, tiada lah kes-kes seperti ragut, pecah rumah atau samun. Itu pun belum masuk lagi siswi yang buat kerja 'part time' atau pun siswa tahan bontot di luar kampus nak duit. Ini lah yang dikatakan apabila duit berjaya menguasai diri seseorang. Apa lu orang ingat setan dalam badan je ke boleh berkuasa, duit pun boleh.
You know, that is the power of money.
The love of money is the root of all evil. And, the lack of money is the root of all evil. So, which one you are?