‘Solar Powered Handheld Talking Bible’
Orang Islam di Malaysia sekarang heboh khususnya di Selangor selepas Hasan Ali mengeluarkan kenyataan, kononnya ada orang Islam masuk kristian dengan adanya injil bertenaga solar. Isu JAIS serang gereja dekat Damansara Utama pun tak selesai lagi, tiba-tiba diheboh pulak isu baru ini.
Aku tak faham dan tak tahu apa yang difikirkan si Hasan Ali ini. Macam lah bacaan Injil ini tak boleh cari dekat internet, tak boleh didownload. Dekat kedai pulak macam lah tak jual CD pasal cerita-cerita kristian atau bacaan Injil. Al-Quran pun setiap hari berkumandang dekat TV dan masjid, tapi takde pulak heboh atau komplen orang bukan Islam masuk Islam sebab dengar al-Quran.
Jangan asyik nak tegakkan benda yang betul tanpa berfikir panjang. Sekarang ini zaman berteknologi, bukalah minda tu sikit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan