3.11.11

Apabila Pelajar Baru Mengenal Politik

Sekarang ini mula kecoh pasal pelajar yang mahu kebebasan mereka untuk menyokong atau membangkang sesebuah parti politik semasa di universiti. Sebelum ini semua tidak boleh berlaku disebabkan AUKU atau nama panjang dia Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, secara kuasa veto dalam Seksyen 15 (5)(a) - melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara.

Semua kecoh, dari Naib Canselor hingga ke pensyarah, dari yang berasa konon bagus memimpin pelajar hingga ke yang tahu salah itu dan ini, dan dari mak cik 'cleaner' hingga lah ke tukang sapu yang tidak tahu apa-apa. Ada yang setuju dan tidak setuju. Ada yang setuju sebab tugas pelajar ialah untuk menuntut ilmu, bukannya berpolitik. Bagi yang tak setuju pulak  melenting, kononnya menyekat kebebasan bersuara, pelajar sudah dewasa dan macam-macam lagi.

Bagi aku, akta atau pun undang-undang itu penting dalam memastikan keamanan dan kemakmuran negara selain dapat membentuk sahsiah diri. Tanpa undang-undang memang konfem negara kacau bilau. Tak payah tengok jauh lah, korang masa kecik-kecik dulu kalau keluar malam balik lambat, muka kalau tak cium tanah atau telinga mesti pekak kena leter, badan berbirat kena sebat atau paling tak pun alahai comelnya kena cubit. Oleh itu, korang kena ikut undang-undang mak bapak korang.

Tetapi bagi kes ini aku setuju dengan AUKU sebab aku tak suka pasal politik, baik pemerintah atau pembangkang. Bagi aku, mana yang betul aku terima, mana yang salah aku tolak, mana yang tak masuk akal aku bangkang. Contohnya, hari tu yang Pak Najib buat cadangan nak bina menara bangang 100 tingkat dengan bajet 5 bilion. Kau  rasa berapa setiap dari kita yang  kena bayar? Kira-kira dekat dua ratus. Ada lah jugak nak dekat bajet makan aku sebulan. By the way, macam-macam aku boleh buat. Seriously.

Hakikatnya, dari segi pandangan mata kasar aku, ramai yang tak setuju lebih-lebih lagi mereka yang bangkang kerajaan. Macam biasa lah, pembangkang mesti tak setuju dengan pemerintah ye dok? Majoriti pelajar-pelajar universiti semuanya dah besar, tahu berfikir secara rasional walaupun ada yang sengal-sengal ubi kayu. SPR pun kata, kalau umur 21 tahun dah boleh daftar jadi pengundi untuk pilihan raya, dah boleh mengundi. So, kenapa nak larang pelajar? - kata mereka.

Korang tahu tak tugas pelajar kat universiti apa? Selain menekel awek ialah belajar, bukan berpolitik. Penat mak bapak kerja siang cari rezeki, kerja malam buat projek laki bini. Ini nak berpolitik korang dapat apa. Kamon lah, korang bukan budak kecik lagi yang tidur kat bawah ketiak mak, mimpi basah pun sudah. Orang politik sekarang bukan yang macam dulu, kerja untuk rakyat. Sekarang semuanya mementingkan diri sendiri. Nak tegakkan agama islam? Jangan jadi bangang - Orang politik tugas dia apa, meraih undi.

"larangan pembabitan pelajar dalam politik perlu bagi menghalang penyusupan ideologi politik, termasuk sifat ekstremis di kalangan pelajar"

Ini bukan pasal penyusupan ideologi politik atau sifat ekstremis. Ini pasal pelajar jadi kuda tunggangan si mangkuk-mangkuk politik. Kira kau ni junior politik dekat kampus, yang dekat luar tu senior politik lah. Kau nak ke? Kau habis air liur pung pang sana pung pang sini dekat kampus, dorang dekat luar senyum lebar minum kopi. Nak bangkang, kata parti pemerintah tak bagus, yang si parti pembangkang pun sama tak bagus. Bagi aku dua kali lapan je. 

Kau nak ke negara kita jadi macam negara arab, revolusi sana sini. Aku teringat kata-kata seorang mamat ni "jangan samakan perjuangan kita dengan perjuangan dorang, tak sama". Betul, aku setuju. Perjuangan dorang tak sama dengan kita sebab dorang buat revolusi nak gulingkan pemerintah kuku besi, yang menjalankan sistem pemerintahan diktator. Muammar Gadaffi - pemimpin Libya contohnya. Kau tahu tak macam mana dia digulingkan? Tak tahu gugel sendiri.

Selagi negara kita ditadbir secara demokrasi, selagi itu jugak ada undang-undang. Selagi ada undang-undang yang munasabah, selagi itu jugak kita kena patuh. Sekarang apa yang penting? Bukan kerjasama bak kata adik-beradik pet, tetapi bijak menolak benda yang tidak betul dan yang tidak munasabah.

p/s: bila demokrasi ke diktator, baru revolusi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan