9.11.11

Seksualiti Merdeka 2011 Tidak Merdeka

S. Ambiga kembali terkenal, namanya kini menjadi topik hangat buat pakcik-pakcik di setiap warung kopi dan tajuk faveret mengumpat buat makcik-makcik. Kalau sebelum ini S. Ambiga terkenal sebab perhimpunan haram Bersih 2.0, kali ini dia lagi terkenal sebab hendak mengadakan satu program besar-besaran iaitu Seksualiti Merdeka 2011. Kalau Bersih 2.0 pasal pilihan raya, Sesualiti Merdeka 2011 pulak pasal perjuangan ‘Human Right’, menuntut hak dan kebebasan gaya hidup untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT].

Secara jujurnya, sebelum perhimpunan bersih 2.0, aku memang tak kenal siapa minah yang bernama S. Ambiga ni. Siapa dia ini? Model pakaian dalam ke? Pelakon bollywood ke, atau  adik Sami Velu? Semua jangkaan aku meleset sebab  setelah diselidik, rupa-rupanya dia adalah merupakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia dan juga merupakan kuncu-kuncu pembangkang.

Berbalik kepada tajuk asal, program ini yang bakal berlangsung di The Annexe Gallery, KL terpaksa dibatalkan kerana mendapat bantahan berbagai pihak terutamanya badan bukan kerajaan, Perkasa khususnya. Kau gila, siapa nak sokong? Dah terang-terang tujuan perhimpunan ini memperjuangkan untuk golongan LGBT. Lepas tu pulak nak diadakan di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Takyah bincang pun dah automatik bangkang.

Aku tak kisah kalau ada golongan LGBT ni sebab asalkan aku tak kacau dorang dan dorang pulak tak kacau aku. Dekat sini aku bukan nak sokong ataupun  larang hubungan sejenis ni. Kita tak boleh nak salah kan dorang sebab ini berkaitan dengan perasaan, sifat suka antara satu sama lain. Memang perkara ini salah di sisi semua agama tetapi kita ni hanya boleh menasihati, bukannya memaki membabi buta. Der, gua pun ada jugak member yang gay, tapi tak jugak gua sembur maki hamun dia. Lepak minum semeja mendengar masalah lagi ada lah.

Dan dalam perkara ni aku tahu sebagai bekas peguam, S. Ambiga lebih arif pasal undang-undang. Lebih-lebih lagi bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia. Aku tahu dia nak dapatkan kebebasan, hak sama rata untuk setiap golongan. Memang setiap orang mempunyai kebebasan dalam hidup masing-masing, bebas membuat itu dan ini, bebas memilih itu dan ini. Tetapi ini neraka apa? Bagi aku cukup lah dorang dapat buat hubungan songsang tu, tetapi kalau sampai nak dapat kan kebebasan dan pengiktirafan, itu bangang namanya.

Kes liwat Anwar pun tak setel lagi timbul pulak perhimpunan Seksualiti Merdeka 2011. Memang cantek lah tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan