19.1.12

Baucer Buku 1Malaysia


 


Pada Bajet 2012, Pak Najib telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta untuk melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200 atau dikenali sebagai Baucar Buku 1Malaysia, khas untuk dari pelajar tingkatan enam hingga ke atas. Sebagai seorang pelajar, aku juga telah menerimanya pada empat hari lepas dengan mengambilnya sendiri seterusnya timbul tanda tanya yang terbuku dihati, buku apa yang aku nak beli dengan baucer ini.

Dekat sini aku ingin mengatakan ia satu tindakan bijak kerajaan untuk mengurangkan beban pelajar untuk membeli buku, disamping juga memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar yang majoritinya memang malas membaca. Ah zaman sekarang, siapa yang nak jadi ulat buku kan? Baik jadi ulat bulu, boleh panjat tiang lampu yang ada mentol. Tak pun ulat gonggok, boleh main atas papan poliwood atau batu-bata.

Seperti biasa, kalau benda melibatkan kerajaan mesti ada suara-suara sumbang sayup kedengaran punya. Ada yang kata ia satu tindakan untuk pancing undi pelajar dan ada juga yang meroyan sebab jumlah itu sikit. Kerajaan songlap duit lembu dua ratus juta itu dan ini, kita dapat dua ratus. Ha, ini yang aku kurang gemar. Tak reti nak bersyukur punya budak. Dulu waktu aku tahun pertama nak beli buku punyalah payah, ini sudah dapat bantuan lagi nak bising-bising pasal politik.

Politik itu politik, belajar itu belajar. Jangan campur adukkan, nanti ke tambak johor perginya. Cuba jadi sekular sikit dalam hal macam ini, macam aku rilek je. Buat macam-macam biasa. Tapi aku faham, manusia merupakan makhluk ciptaan yang tidak boleh dikawal. Lebih-lebih yang cakapnya dari seorang perempuan, yang semulajadi ada dua mulut. Kalau bapuk, lain cerita. Heh!

Tapi dalam hal ini aku juga ada sikit merungut. Al maklumlah sebagai manusia biasa. Bukan tak bersyukur, cuma aku terasa seperti ‘oh faking shit’ bila baucer ini hanya sah untuk pembelian buku sahaja. Nama pun baucer buku ye tak? Kan bagus kalau baucer ini bukan baucer, tapi adalah wang ringgit. Boleh juga diguna untuk benda lain ketika waktu sumber kewangan poket tengah gawat. Paling tidak pun sekurangnya dapat digunakan untuk tengok wayang atau lepak minum layan bola.

Sama ada baucer buku ini dapat memberi manfaat atau tidak, ia bergantung kepada pelajar. Apa yang pasti, semua baucer akan ke kedai buku juga dan majoriti pengusahanya tersenyum lebar. Cuma aku tidak pasti jualan majalah-majalah seperti cleo atau mangga meningkat atau tidak. Kalau novel tidak payah cakap, konfem punya naik.

Dan kepada malaun-malaun yang kata ini merupakan taktik kerajaan pancing undi, sila buka minda tu sikit. Belum tentu aku pangkah kerajaan disebabkan baucer buku yang tak seberapa ini pada pilihanraya akan datang dan tidak pangkah pembangkang. Sebaliknya aku melihat ia sebagai satu keuntungan sebab dapat beli buku tanpa keluarkan duit. Juga meningkatkan minat aku untuk membaca, barangkali?


p/s: boleh dating dengan awek dekat kedai buku nanti. LOL

17.1.12

Dua Ribu Dua Belas

Aik, sedar tak sedar atau pun buat-buat tak sedar kita sudah pun masuk tahun baru, tahun 2012. Ok, sudah lama gua tak update blog. Ini semua gara-gara terpaksa berperang selama tiga minggu tanpa henti. Peperiksaan weh, peperiksaan.

Lagipun, blog ini bukan apa-apa pun. Nak kata diari pun bukan. Ada benda atau idea gua nak cakap, gua tulis. Tiada benda tiada idea, gua tak tulis. Simpel. Bukan gua ada gaji kalau menulis ini. Ini sekadar hiburan semata-mata dan yang penting sekali tulisan hasil idea genuine gua sendiri.

Seperti tahun yang sudah, gua ada perancangan sendiri untuk tahun ini. Macam biasalah kan kalau sudah masuk tahun baru, azam kena baru. Lu orang mesti ada punya maa. Dan, sama ada rancangan itu membuah dadakan hasil, itu bergantung pada usaha diri-sendiri beb.

Mengikut calendar cina, tahun ini merupakan tahun naga. Oleh itu, jangan lah biarkan nafsu diri sahaja macam naga, tetapi tingkatkan kemajuan diri untuk menjadi lebih rajin sikit, pun macam naga jugak!


Hiaaakkkkk!

Sumber gambar: Sokernet

17.12.11

Planning For Better Future




Setiap orang mempunyai impian atau keinginan untuk hidup dengan senang kelak. Tiada masalah yang rumit dan tidak menyerabutkan otak. Tidak kira dari segi kewangan atau pun kerjaya. Hidup mewah dan mampu memiliki apa yang kita mahu – yang bagi aku juga tidak terkecuali dalam hal ini.

Untuk merealisasikan impian ini bukan perkara yang mudah. Kita perlu ada perancangan yang hebat untuk itu. Apa yang aku lihat, ramai yang beranggapan bahawa pendidikan adalah jalan yang terbaik untuk merealisasikan impian ini.

Namun ia tidak bagi aku kerana pendidikan itu hanya salah satu cara. Terdapat cara yang yang lain dan apa yang aku nampak sekarang, pelaburan adalah penyelesaian yang terbaik untuk merealisasikan impian ini.

Disebabkan itu, aku mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan dan mula ambil tahu tentang hal pelaburan. Aku mula menambah pengetahuan dalam hal sebegini kerana untuk berjaya, aku perlu menguasainya dahulu.

Dan dengan itu, barulah aku dapat merancang masa depan yang lebih baik.

Semoga berjaya.

16.12.11

Money Power

Kali ini aku tergerak hati untuk cerita tentang 'money power' atau kuasa duit. Mungkin kerana aku tengah sengkek sekarang pasal itu aku mendapat sinaran nur untuk menulis pasal kuasa duit kali ini.

Semua orang tahu, duit merupakan satu perkara yang penting pada zaman serba millenium ini. Tipu lah kalau orang kata duit tak penting. Cakap lah apa pun, setiap benda sekarang ini semua perlukan duit. Nak dating dengan awek, kena ada duit, nak tengok wayang, nak makan McD, nak 'shopping' even nak masuk tandas pun kena ada duit, nak bayar. Maka dengan itu, tak wujudlah ayat yang berbunyi "ah, aku tak ada duit pun boleh hidup lah". 

Pasal itu lah aku nak cerita pasal 'money power'. Duit mempunyai pengaruh yang besar dan dengan duit, kita boleh menguasai dunia. Dan dengan duit juga kita boleh beli sesebuah empayar kerajaan dan negara. Sebab itu dunia sekarang dipegang oleh negara-negara yang mempunyai sumber kewangan tinggi seperti Amerika dan Israel. Tidak kira dari segi ekonomi, pengaruh dan ketenteraan, semua mereka kuasai. Yang kuat akan terus berada di atas manakala yang lemah akan terus berada dibawah. Walaupun kita ada konsep hidup ini macam roda, kejap di atas kejap dibawah tetapi ia tidak boleh di pakai jika bertemu dengan ‘money power’.

'Money power' ini memang berkuasa di banyak negara. Kalau di Malaysia tak payah cakap, memang duit itu didahulukan punya. Dia punya 'money power' memang tiada benda lain yang boleh lawan. Terutama dalam bidang politik. Orang kata politik wang. Bila disogok duit mula lah lupa diri jadi katak lompat parti dan sebagainya. Senario sebegini sudah lama wujud sejak dari zaman perdana menteri pertama lagi. Rasuah semakin berleluasa kerana ramai yang terpengaruh dan dikuasai oleh duit. Segala projek pembangunan yang tidak menepati kualiti piawai diluluskan. Tiada hal, boleh tutup sebelah mata punya. Semuanya sebab apa? Sebab duit. Macam mana politik nak menjadi stabil dan kuat kalau 'money power' yang menguasai.

Selain Malaysia banyak lagi negara yang dikuasai ‘money power’ ini, seperti yang aku kata tadi. Duit ini memang mampu untuk menjatuhkan seseorang yang berpengaruh mahupun pemerintah dan aku rasa, sejarah juga boleh berubah dengan adanya kuasa duit ini. Cuma nak atau tak nak je. Sebagai contoh di China, Zhu Rongji, perdana menteri ke-5 republik rakyat China menggunakan sepenuhnya kuasa duit untuk menjatuhkan musuh-musuh politiknya. Beliau berjaya mencipta pelbagai masalah dan dugaan ala-ala gitu kepada musuh beliau, seterusnya menjatuhkan mereka dengan undang-undang dan berkuasa dengan tenang. Sedangkan perempuan pun boleh dibeli, inikan pula undang-undang ciptaan manusia ye tak?

Dalam perniagaan lain pulak cerita. Lebih lagi kalau perniagaan itu melibatkan orang melayu.  Tamak dan tak sabar nak untung. Nak untung lebih punya pasal kuantiti diutamakan, kualiti macam tahi. Aku bukan nak kutuk dekat sini tetapi itu lah hakikat yang perlu kita terima. Bila kepala otak peniaga dah penuh dengan duit, haa sikit jam ‘burger’ yang sepatutnya rasa sedap jadi rasa macam papan, karipap yang sepatutnya harga tiga puluh sen jadi seringgit lapan puluh sen. Macam mana ekonomi orang melayu nak maju kalau macam ini punya perangai. Kita sebagai pembeli pulak jangan tutup mata buat tak nampak, kena bagi kesedaran sikit dekat sini.

Dan akhir sekali, duit itu juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan dan kewarasan akal. Kalau tak, tiada lah kes-kes seperti ragut, pecah rumah atau samun. Itu pun belum masuk lagi siswi yang buat kerja 'part time' atau pun siswa tahan bontot di luar kampus nak duit. Ini lah yang dikatakan apabila duit berjaya menguasai diri seseorang. Apa lu orang ingat setan dalam badan je ke boleh berkuasa, duit pun boleh. 

You know, that is the power of money.

The love of money is the root of all evil. And, the lack of money is the root of all evil. So, which one you are?

15.12.11

Kaya 3:0 Edukasyen




Belajar betul-betul, nanti bila dah berjaya boleh dapat kerja bagus” – Secara sedar atau tidak sedar, ayat ini lah selalu keluar dari mulut mak bapak kita.

Sebab apa kita belajar? Supaya esok lusa bila sudah berjaya, mudah dapat kerja yang bagus-bagus. Nanti dapat hidup senang. Sebelum ini, aku pun fikir macam itu. Ikut urutan kehidupan turun-temurun. Salah satunya, belajar rajin-rajin lepas itu kerja bagus, kahwin and then bersara.

Tetapi itu perkara sebelum ini. Sebelum aku baca sebuah buku yang agak buruk dan tidak best pada mulanya, tetapi akhirnya berjaya membuka akal fikiran dan pandangan aku. Buku yang ajaib, yang memberitahu cara hendak buat duit. Ya, cara nak buat duit. How to make money dalam omputehnya. Siapa yang kata buku ini beritahu cara nak cepat kaya, korang salah. Bukan. Siapa yang kata buku ini tentang jualan langsung, pun bukan.

Pendek cerita, pendidikan yang kita kejar di sekolah selama ini belum tentu dapat menjamin kehidupan yang senang kelak. Memang dengan pendidikan kita boleh mendapat kerja yang gajinya besar tetapi tidak ramai yang terfikir sebenarnya orang yang bagi kita kerja gaji besar itu lagi besar gajinya. Dan secara sedar atau tidak, kita kerja untuk duit sedangkan bagi mereka, duit kerja untuk mereka. 

Dekat sini aku tak kata pun kita tak payah nak kerja dengan mereka. Jauh sekali aku nak kata kita perlu kerja sendiri tetapi hanya sekadar membuka minda sedikit. Kita manusia memang cepat angkuh dan sombong. Baru ada ilmu sedikit dah berlagak, konon tahu semua benda padahal ke laut sebenarnya.

Kita boleh lihat sekarang, kenapa orang itu berpendidikan tinggi, kerja gaji besar dan boleh dikatakan kaya tetapi masih pening kepala sebab tidak cukup duit. Even gaji lima angka pun masih pening kepala dan sakit gonad. Benda-benda  macam ini yang buku ini fokuskan. Sebenarnya, lagi kaya seseorang itu lagi banyak yang dia habiskan duit. Sebab apa? Selain sifat cepat angkuh dan sombong, manusia mempunyai sifat tamak dan takut. Sifat yang ada pada golongan yang kaya atau miskin. Golongan kaya takut duit mereka habis manakala golongan miskin takut kalau mereka tiada duit.

Kenapa semua ini boleh berlaku?

Hal ini disebabkan kita bodoh dalam kewangan dan tiada pengetahuan langsung pasal duit. Ha ini lah dia, satu-satunya subjek yang tidak diajarkan di sekolah atau di universiti. Kita sibuk mengejar ilmu tentang sesuatu bidang yang kita minati terutamanya bidang profesional tetapi kita lupa ilmu tentang duit. Ilmu tentang kewangan, 'financial literacy' yang sepatutnya kita ada untuk hidup dengan kaya dan senang kelak.

Apa yang aku tertarik, untuk menjadi kaya kita perlu tahu perbezaan antara aset dan liabiliti. Perkara yang kalau korang tanya aku, memang menganga lah jawabnya. Mengikut mazhab buku ini, aset ialah harta yang berpanjangan mendatangkan duit manakala liabiliti ialah sebaliknya. Ramai yang fikir, kalau kaya kena ada kereta mewah, rumah besar yang dikatakan aset tetapi padahal mereka salah sebenarnya. Itu adalah liabiliti kerana duit berpanjangan dihabiskan untuk kereta mewah dan rumah besar tersebut. Oleh itu, kita kena faham tentang perbezaan aset dan liabiliti ini kalau hendak kaya.

Banyak lagi yang aku nak sembang pasal perkara ini tetapi cukup lah setakat ini. Ada masa gua sambung lagi okay?

Bersambung di lain entri dan masa....