Gua agak sudah berhabuk blog ini. Sebelum jadi harta pusaka
warisan, baik gua tulis sebarang dua untuk tatapan umum.
Okay kali ini gua nak sembang kencang sikit pasal kehidupan
gua yang semakin hari semakin besar cabarannya. Hidup ini tidak sukar, tetapi hidup
untuk merasai apa itu erti keselesaan agak sukar.
Dalam hidup gua, pelbagai kerja gua sudah buat sejak dari umur 15 tahun lagi. Banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang menjadi kuli, membanting tulang dari pagi ke petang, dari petang bawak ke malam. Duit didahulukan, kaya diutamakan. Tetapi apa yang gua sedar ialah, kerja rajin macam mana pun, kerja tak kira waktu, hari atau cuti pun, gua tak pernah juga kaya. Orang yang kaya ialah bos gua. Hah nampak tak dekat situ?
Gua bukan nak cakap pasal kerja sebagai kuli. Nak cakap pasal kerja sebagai bos pun jauh sekali. Itu belum masuk bab-bab supervisor atau team leader. Tetapi gua nak cakap pasal hidup untuk merasai keselesaan. Sebagai seorang yang baru habis berguru dan dianugerahi sekeping kertas yang orang tua kata tinggi nilai gamaknya, benda yang patut dibuat sekarang ialah mendapat kerja pertama selepas bergraduasi. Kerja pertama yang gua maksudkan sini ialah kerja berkaitan dengan bidang yang diceburi.
Terus terang cakap, apa makan gua ni sampai sekarang satu
kerja profesional pun tak dapat-dapat lagi. Punya susah nak jadi kuli, nak jadi
bos apatah lagi. Sudah banyak resume gua hantar tapi satu panggilan temu duga pun tak kedengaran. Dari syarikat minyak ke kilang automotif, dari Lembah Klang ke Pasir Gudang, dari Semenanjung ke Sabah Sarawak, semuanya sayup-sayup.
Gua tidak memilih kerja dan gua tidak memilih gaji. Sebab sebelum ini pun gua sudah kerja macam-macam. Pelbagai karakter orang gua sudah jumpa, beribu karenah juga gua sudah rasa. Cuma macam gua katakan tadi, gua juga hendak merasai apa itu erti keselesaan dalam hidup. Dengan kelulusan yang ada, kenapa tidak cari kerja yang lebih bagus dan mencabar, ye dak? Nampaknya kena berusaha lagi. Apa ada hal.

#bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan