Pada Bajet 2012, Pak Najib telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta untuk melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200 atau dikenali sebagai Baucar Buku 1Malaysia, khas untuk dari pelajar tingkatan enam hingga ke atas. Sebagai seorang pelajar, aku juga telah menerimanya pada empat hari lepas dengan mengambilnya sendiri seterusnya timbul tanda tanya yang terbuku dihati, buku apa yang aku nak beli dengan baucer ini.
Dekat sini aku ingin mengatakan ia satu tindakan bijak kerajaan untuk mengurangkan beban pelajar untuk membeli buku, disamping juga memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar yang majoritinya memang malas membaca. Ah zaman sekarang, siapa yang nak jadi ulat buku kan? Baik jadi ulat bulu, boleh panjat tiang lampu yang ada mentol. Tak pun ulat gonggok, boleh main atas papan poliwood atau batu-bata.
Seperti biasa, kalau benda melibatkan kerajaan mesti ada suara-suara sumbang sayup kedengaran punya. Ada yang kata ia satu tindakan untuk pancing undi pelajar dan ada juga yang meroyan sebab jumlah itu sikit. Kerajaan songlap duit lembu dua ratus juta itu dan ini, kita dapat dua ratus. Ha, ini yang aku kurang gemar. Tak reti nak bersyukur punya budak. Dulu waktu aku tahun pertama nak beli buku punyalah payah, ini sudah dapat bantuan lagi nak bising-bising pasal politik.
Politik itu politik, belajar itu belajar. Jangan campur adukkan, nanti ke tambak johor perginya. Cuba jadi sekular sikit dalam hal macam ini, macam aku rilek je. Buat macam-macam biasa. Tapi aku faham, manusia merupakan makhluk ciptaan yang tidak boleh dikawal. Lebih-lebih yang cakapnya dari seorang perempuan, yang semulajadi ada dua mulut. Kalau bapuk, lain cerita. Heh!
Tapi dalam hal ini aku juga ada sikit merungut. Al maklumlah sebagai manusia biasa. Bukan tak bersyukur, cuma aku terasa seperti ‘oh faking shit’ bila baucer ini hanya sah untuk pembelian buku sahaja. Nama pun baucer buku ye tak? Kan bagus kalau baucer ini bukan baucer, tapi adalah wang ringgit. Boleh juga diguna untuk benda lain ketika waktu sumber kewangan poket tengah gawat. Paling tidak pun sekurangnya dapat digunakan untuk tengok wayang atau lepak minum layan bola.
Sama ada baucer buku ini dapat memberi manfaat atau tidak, ia bergantung kepada pelajar. Apa yang pasti, semua baucer akan ke kedai buku juga dan majoriti pengusahanya tersenyum lebar. Cuma aku tidak pasti jualan majalah-majalah seperti cleo atau mangga meningkat atau tidak. Kalau novel tidak payah cakap, konfem punya naik.
Dan kepada malaun-malaun yang kata ini merupakan taktik kerajaan pancing undi, sila buka minda tu sikit. Belum tentu aku pangkah kerajaan disebabkan baucer buku yang tak seberapa ini pada pilihanraya akan datang dan tidak pangkah pembangkang. Sebaliknya aku melihat ia sebagai satu keuntungan sebab dapat beli buku tanpa keluarkan duit. Juga meningkatkan minat aku untuk membaca, barangkali?
p/s: boleh dating dengan awek dekat kedai buku nanti. LOL

Tiada ulasan:
Catat Ulasan