24.2.12

Supervisor & Fikiran Beliau

Baru-baru ini gua baru selesai berjumpa dengan supervisor gua, berbincang pasal projek gua yang semakin hari masa untuk hantarnya semakin dekat. Mujur, tiada masalah dan boleh teruskan ke peringkat seterusnya. Kalau tidak, mencanak gua.

Kemudian beliau bersembang pasal kehidupan yang bakal ditempuh kemudian hari- perkara yang sangat gua minat sekali, iaitu tentang masa hadapan.

Gua tertarik dengan ayat beliau “tidak kira belajar tinggi mana pun, sampai Phd pun tetapi makan gaji, boleh dikatakan hamba juga”. Benar, gua setuju apa yang beliau katakan. Sebagus mana pun seseorang itu, kalau bekerja untuk seseorang boleh dikatakan hamba.

Apa yang gua rasakan, mungkin kami boleh menjadi kawan baik. Selain cerita tentang projek, kami boleh bersembang pasal politik, ekonomi, pelaburan dan juga aset. Kemungkinan juga topiknya boleh berkembang lagi dan menjadi lebih menarik.

Tetapi, disebabkan tiada masa yang sesuai dan pertemuan terbatas, perkara ini tidak menjadi. Mungkin juga tiada rezeki. Barangkali.

21.2.12

Peringatan Pendek

Tahukah anda?

Anjing menyalak bukit. Tapi tidak ke mana pun. Just another dog on the street. Tulis apa-apa on the net pun, nothing change. You are still pathetic. It's not our fault that you are born stupid. Stupidity is something that we cannot change! Negara dan negeri pecah belah pasal orang-orang bodoh macam gini lah. Kalau kita bersatu, nothing can touch us.

Muafakat itu berkat. Faham?

19.1.12

Baucer Buku 1Malaysia


 


Pada Bajet 2012, Pak Najib telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta untuk melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200 atau dikenali sebagai Baucar Buku 1Malaysia, khas untuk dari pelajar tingkatan enam hingga ke atas. Sebagai seorang pelajar, aku juga telah menerimanya pada empat hari lepas dengan mengambilnya sendiri seterusnya timbul tanda tanya yang terbuku dihati, buku apa yang aku nak beli dengan baucer ini.

Dekat sini aku ingin mengatakan ia satu tindakan bijak kerajaan untuk mengurangkan beban pelajar untuk membeli buku, disamping juga memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar yang majoritinya memang malas membaca. Ah zaman sekarang, siapa yang nak jadi ulat buku kan? Baik jadi ulat bulu, boleh panjat tiang lampu yang ada mentol. Tak pun ulat gonggok, boleh main atas papan poliwood atau batu-bata.

Seperti biasa, kalau benda melibatkan kerajaan mesti ada suara-suara sumbang sayup kedengaran punya. Ada yang kata ia satu tindakan untuk pancing undi pelajar dan ada juga yang meroyan sebab jumlah itu sikit. Kerajaan songlap duit lembu dua ratus juta itu dan ini, kita dapat dua ratus. Ha, ini yang aku kurang gemar. Tak reti nak bersyukur punya budak. Dulu waktu aku tahun pertama nak beli buku punyalah payah, ini sudah dapat bantuan lagi nak bising-bising pasal politik.

Politik itu politik, belajar itu belajar. Jangan campur adukkan, nanti ke tambak johor perginya. Cuba jadi sekular sikit dalam hal macam ini, macam aku rilek je. Buat macam-macam biasa. Tapi aku faham, manusia merupakan makhluk ciptaan yang tidak boleh dikawal. Lebih-lebih yang cakapnya dari seorang perempuan, yang semulajadi ada dua mulut. Kalau bapuk, lain cerita. Heh!

Tapi dalam hal ini aku juga ada sikit merungut. Al maklumlah sebagai manusia biasa. Bukan tak bersyukur, cuma aku terasa seperti ‘oh faking shit’ bila baucer ini hanya sah untuk pembelian buku sahaja. Nama pun baucer buku ye tak? Kan bagus kalau baucer ini bukan baucer, tapi adalah wang ringgit. Boleh juga diguna untuk benda lain ketika waktu sumber kewangan poket tengah gawat. Paling tidak pun sekurangnya dapat digunakan untuk tengok wayang atau lepak minum layan bola.

Sama ada baucer buku ini dapat memberi manfaat atau tidak, ia bergantung kepada pelajar. Apa yang pasti, semua baucer akan ke kedai buku juga dan majoriti pengusahanya tersenyum lebar. Cuma aku tidak pasti jualan majalah-majalah seperti cleo atau mangga meningkat atau tidak. Kalau novel tidak payah cakap, konfem punya naik.

Dan kepada malaun-malaun yang kata ini merupakan taktik kerajaan pancing undi, sila buka minda tu sikit. Belum tentu aku pangkah kerajaan disebabkan baucer buku yang tak seberapa ini pada pilihanraya akan datang dan tidak pangkah pembangkang. Sebaliknya aku melihat ia sebagai satu keuntungan sebab dapat beli buku tanpa keluarkan duit. Juga meningkatkan minat aku untuk membaca, barangkali?


p/s: boleh dating dengan awek dekat kedai buku nanti. LOL

17.1.12

Dua Ribu Dua Belas

Aik, sedar tak sedar atau pun buat-buat tak sedar kita sudah pun masuk tahun baru, tahun 2012. Ok, sudah lama gua tak update blog. Ini semua gara-gara terpaksa berperang selama tiga minggu tanpa henti. Peperiksaan weh, peperiksaan.

Lagipun, blog ini bukan apa-apa pun. Nak kata diari pun bukan. Ada benda atau idea gua nak cakap, gua tulis. Tiada benda tiada idea, gua tak tulis. Simpel. Bukan gua ada gaji kalau menulis ini. Ini sekadar hiburan semata-mata dan yang penting sekali tulisan hasil idea genuine gua sendiri.

Seperti tahun yang sudah, gua ada perancangan sendiri untuk tahun ini. Macam biasalah kan kalau sudah masuk tahun baru, azam kena baru. Lu orang mesti ada punya maa. Dan, sama ada rancangan itu membuah dadakan hasil, itu bergantung pada usaha diri-sendiri beb.

Mengikut calendar cina, tahun ini merupakan tahun naga. Oleh itu, jangan lah biarkan nafsu diri sahaja macam naga, tetapi tingkatkan kemajuan diri untuk menjadi lebih rajin sikit, pun macam naga jugak!


Hiaaakkkkk!

Sumber gambar: Sokernet

17.12.11

Planning For Better Future




Setiap orang mempunyai impian atau keinginan untuk hidup dengan senang kelak. Tiada masalah yang rumit dan tidak menyerabutkan otak. Tidak kira dari segi kewangan atau pun kerjaya. Hidup mewah dan mampu memiliki apa yang kita mahu – yang bagi aku juga tidak terkecuali dalam hal ini.

Untuk merealisasikan impian ini bukan perkara yang mudah. Kita perlu ada perancangan yang hebat untuk itu. Apa yang aku lihat, ramai yang beranggapan bahawa pendidikan adalah jalan yang terbaik untuk merealisasikan impian ini.

Namun ia tidak bagi aku kerana pendidikan itu hanya salah satu cara. Terdapat cara yang yang lain dan apa yang aku nampak sekarang, pelaburan adalah penyelesaian yang terbaik untuk merealisasikan impian ini.

Disebabkan itu, aku mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan dan mula ambil tahu tentang hal pelaburan. Aku mula menambah pengetahuan dalam hal sebegini kerana untuk berjaya, aku perlu menguasainya dahulu.

Dan dengan itu, barulah aku dapat merancang masa depan yang lebih baik.

Semoga berjaya.